Sunday, November 14, 2010

Selamat Datang ke Speed Mathematic

Selamat datang ke blog Speed Mathematics.
Blog ini saya sediakan khas untuk ibu bapa, anak-anak atau pun student universiti jugak yang boleh digunakan sebagai rujukan.

Baiklah.

Saya mendengar banyak rungutan di mana pelajar-pelajar sama ada sekolah rendah maupun menengah kurang minat dalam subjek Matematik. Hurm... Kalau tak ada minat tu susah la sikit kan. Kadang-kadang dalam minda diorang, diorang set "Matematik = Susah". Sebab tu jadi susah. Walaupun masih ada teknik yang boleh diringkaskan dalam usaha untuk dapat minat dan kefahaman dalam subjek matematik, tapi kalau dah mindset awal-awal dah setting susah, susah la jugak.

Baik.. Sekarang,, saya kata Matematik tu mudah. MUDAH. :)

Soalan pertama saya. Bila kita sebut matematik, sifir memang tak asing. Betul tak?
Kalau dulu memang cikgu atau pun ibu bapa akan push anak-anak untuk hafal sifir satu persatu.
Mula-mula sifir 2. Lepas tu sifir 3. 4, 5, 6, 7 sampai la 12.
Meh saya buka sikit minda anda..
Sebenarnya, untuk cekap sifir semua tu, tak perlu nak hafal 1x2, sampai 12x2... Kemudian, 1x3, sampai 12x3.. Kemudian 1x4 sampai 12x4... dan seterusnya..

TAHUKAH ANDA??

Sebenarnya tak perlu pun nak hafal daripada 1 x 2 sampai 12 x 12. Otak nak kena ingat sampai 144 jawapan. Jawapan yang perlu ingat cuma...

47 SAHAJA

Apa buktinya?? Teruskan membaca.

Baiklah.. Apakah buktinya??

Sebenarnya kita banyak membuang masa ajar anak-anak atau kita sendiri dalam proses untuk menghafal sifir. Sifir ini adalah asas kepada pengiraan yang melibatkan gandaan.

Cuba lihat ini..
Sifir 1

1 x 1 = 1
2 x 1 = 2
3 x 1 = 3
4 x 1 = 4
5 x 1 = 5
6 x 1 = 6
7 x 1 = 7
8 x 1 = 8
9 x 1 = 9
10 x 1 = 10
11 x 1 = 11
12 x 1 = 12

Saya rasa sifir 1 ni tak perlu hafal pun boleh kan..

Baik..
Kita ke sifir 2 pula.

1 x 2 = 2
2 x 2 = 4
3 x 2 = 6
4 x 2 = 8
5 x 2 = 10
6 x 2 = 12
7 x 2 = 14
dan seterusnya...

Sifir 3.

1 x 3 = 3
2 x 3 = 6
3 x 3 = 9
4 x 3 = 12
5 x 3 = 15
6 x 3 = 18
7 x 3 = 21
dan seterusnya..

Tak nampak lagi kan...
Jom kita langkau/jump ke sifir 7.

1 x 7 = 7   -- Ada dalam sifir 1 atau... Tak payah ingat langsung sebab, sebarang nombor yang di darab dengan 1 akan dapat nombor itu semula.. kan?

2 x 7 = 14  -- Dah ada dalam sifir 2 tadi. cuma terbalik ja. Dalam sifir 2, 7 x 2 = 14. Jawapan still sama kan?

3 x 7 = 21  -- Ada dalam sifir 3. Iaitu, 7 x 3 = 21.



Secara kesimpulannya, cuma 47 jawapan saja yang perlu kita ingat.
Mana yang dikatakan 47 nya itu??
Lihat pada gambarajah ini..

Sekarang, saya potongkan mana yang berulang. Kenapa nak buang masa untuk hafal 2 kali? Sedangkan nombornya sama saja kan?
Lihat yang ini pula..

Di sini saya ringkaskan sifir-sifir yang perlu dihafal sahaja.
Klik untuk besarkan.

Jadi, ini saja yang perlu dihafal. :)
Mudah dan ringkas kan?
Jadi, untuk membantu anak-anak anda untuk menghafal, gambar rajah di atas sudah cukup kalau dibandingkan anak anda nak hafal semua yang lain. Ini kerana nombor-nombor hanya berulang atau terbalik sahaja.. sedangkan jawapannya tetap sama..
Selain daripada itu, masih terdapat beberapa sifir yang terus saya cancelkan, tak perlu hafal pun. Mengapa? Macam mana nak ingat sifir-sifir yang saya maksudkan itu? Jom terus baca di post saya seterusnya. Klik Di Sini.

10 comments:

Farhana said...

Terima kasih

Unknown said...

Senang sangat

Unknown said...

terbaik. mohon izin untuk dimuat turun untuk diajarkan kepada anak. terima kasih

Unknown said...

Terbail...Saya suka matematikπŸ‘πŸ‘πŸ‘

Unknown said...

πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Unknown said...

Bruh

Unknown said...

Bo

Country Cake House said...

TAPI MACAM MANA NAK PRINT SIFIR 1 SAMPAI 12




Unknown said...

Terima kasih 😍😍😍

Unknown said...

Ya la

Post a Comment