Monday, November 15, 2010

Kaedah Pantas - Jom Kira Sebarang Nombor Dibahagi Dengan 5

Salam semua..

Banyak jugak masa free hari ni dan saya sempat post lagi satu teknik untuk anda. :)
Jom kita sama-sama explore yang ni..

Biasanya kalau kita nak kira sebarang nombor yang dibahagi dengan 5, kita akan refer balik kali-kali/sifir 5 kan?
Contohnya,

45 / 5 = 9  (kita akan refer 5 x 9 = 45 atau 9 x 5 = 45)

Tapi macam mana kalau di tanya 43232 bahagi 5? Adusss....
Mesti kalut cari kalkulator kan, kan.. :)

Ada kaedahnya yang mudah dan cepat..

Katanya saya ambil contoh di atas tadi:

43232 / 5 = ?

Begini:
1. Darabkan 43232 dengan 2
43232 x 2 = 86464


2. Pada asasnya, titik perpuluhan ada pada belakang angka 4. Iaitu, 86464.
Sekarang, anjakkan titik perpuluhan itu satu langkah ke kiri. Dan jawapannya akan jadi seperti ini.
8646.4


3. Tada~~~ Itu la jawapannya.. 43232 / 5 = 8646.4

Selamat mencuba...

1 comments:

zackquant said...

diamond stone - TITIAN ART & PRODUCTs
TITIAN ART & PRODUCTs | titanium flat iron TITIAN ART & titanium hair trimmer as seen on tv PRODUCTs | TITIAN ART titanium hammer & PRODUCTs | TITIAN ART & PRODUCTs | TITIAN ART titanium apple watch band & titanium undertaker PRODUCTs.

Post a Comment