Monday, November 15, 2010

Sifir-sifir Yang Tak Perlu Dihafal, Cuma Perlu Faham

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 

Baiklah.. Dalam post kali ini saya akan kongsikan dengan anda tentang tajuk di atas, Sifir-sifir Yang Tak Perlu Dihafal, Cuma Perlu Faham. Yes... Sesetengah sifir tak perlu pun kita penat-penat nak hafal.. atau nak paksa anak-anak kita untuk hafal. Cuma perlu ajar dia faham.. Kepada yang tetiba terus terjump ke post yang ni, post ini adalah sambungan kepada post yang lepas. Sila Klik Di Sini untuk ke post yang lepas.

Dalam post yang lepas, saya telah tunjukkan cuma 47 "ayat" sifir saja yang perlu di hafal.
Sifir 1 tak perlu hafal langsung!! :D
9 daripada sifir 2
8 daripada sifir 3
7 daripada sifir 4
6 daripada sifir 5
5 daripada sifir 6
4 daripada sifir 7
3 daripada sifir 8
2 daripada sifir 9
Sifir 10 tak perlu hafal langsung!! Yes..
2 daripada sifir 11, dan
1 daripada sifir 12.

Totol up = Cuma 47 sahaja yang perlu di hafal..

Most of it adalah berulang. Kecuali Sifir 10 dan 11 yang akan saya tunjuk kaedahnya... 

Teknik untuk menghafal sifir 10 ialah dengan menambah angka "0" pada nombor yang hendak dikalikan dengan 10.

Contohnya: 
1 x 10 = 10
Cuma perlu tambah angka "0" pada belakang angka 1.

Contoh 2:
5 x 10 = 50
Lagi sekali, cuma tambah angka "0" pada belakang angka 5.

Contoh 3:
10 x 10 = 100

Contoh 4:
11 x 10 = 120

Seterusnya, ialah sifir 11. 

Jom tengok ni..

Contoh 1:
1 x 11 = 11
Untuk sifir 11, cuma perlu diulang angka merah sebanyak 2 kali.

Contoh 2:
3 x 11 = 33

Contoh 3:
10 x 11 = 110  ~~ Salah kalau di tulis 101 
10 x 11 adalah sama dengan 11 x 10
11 x 10 = 110

Bagaimana?
Saya harap ia sedikit membantu.. :)

Sifir yang saya jelaskan di atas, jika dapat difahami anak-anak, ia sangat mudah.. Yang agak complicated, ialah dalam yang 47 tadi.
Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment